Soalan Lazim
Keahlian TRW
Keahlian TRW
Bagaimanakah cara untuk mendapatkan pas bermusim?
Anda perlu mendaftarkan dengan butiran yang lengkap dan membuat pembayaran berdasarkan pilihan pakej yang dipilih. Selepas akaun diluluskan oleh Pihak Pengurusan, Anda akan menerima kad tersebut dalam masa 7-10 hari bekerja.
Apakah kelebihan yang diberikan kepada pemegang kad keahlian?
Anda boleh merujuk faedah pakej di sini. https://live.trwkelantanfc.com/#benefit
Sekiranya MCO dilanjutkan sehingga tahun hadapan, adakah tempohnya akan dilanjutkan?
Tempoh SAH pas bermusim adalah sehingga tahun 2022. Oleh itu, pihak Pengurusan akan mengkaji semula dan mempertimbangkan dengan sewajarnya untuk sebarang lanjutan sekiranya MCO masih berkuat kuasa kerana peningkatan kes COVID-19. Pihak pengurusan akan maklumkan dari semasa ke semasa kepada pemegang pas bermusim.
Bagaimana cara untuk menggunakan pas bermusim ini?
Log masuk ke akaun anda dan boleh digunakan berdasarkan yang telah disenaraikan berdasarkan pakej pilihan anda. Selain itu, Anda perlu menunjukkan pas bermusim anda. Pas bermusim ini boleh dituntut dengan menggunakan kod QR yang diberikan untuk digunakan di hotel, kedai, dan lain-lain.
Bagaimana saya tahu bahawa kad keahlian saya telah disahkan dan boleh digunakan?
Anda akan dimaklumkan melalui e-mail bahawa akaun anda telah diaktifkan.
Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan, siapakah yang boleh dihubungi?
Anda boleh menghubungi Admin Fazzelan di talian +60194402361.
Soalan Lazim
Mengenai Tiket
Mengenai Tiket
Adakah terdapat had kuantiti untuk pembelian tiket online?
Untuk pengetahuan Tuan, pembelian tiket online hanya untuk satu orang sahaja.
Bagaimanakah saya boleh menyemak tiket saya?
Untuk pengetahuan Tuan, sistem akan terus menghantar resit pembelian tiket di email anda. Anda boleh membuat semakan mengenai pembelian di email anda.
Apakah nombor telefon khidmat pelanggan pembelian tiket online?
Anda boleh hubungi Encik Fazzelan di talian 60 19-440 2361
Sekiranya saya terlupa kata laluan, apakah yang perlu saya lakukan?
Tuan boleh menekan 'Lupa kata laluan' pada halaman log masuk dan masukkan emel tuan supaya sistem dapat menghantar pautan untuk tetapkan semula kata laluan yang baru
Pada jam berapakah saya boleh menonton Siaran Langsung?
Pihak kami akan membuka tontonan Siaran Langsung pada 20 minit sebelum perlawanan bermula.